Leave a comment


ShoutMix chat widget

TME

Telekung Melur - Cotton Tetron Plain Harga: RM65.00 set lengkap dengan kain Harga: RM55.00 tanpa kain .

TMA

Telekung Mawar - Cotton Casarubia set lengkap dengan kain Harga: RM75.00 .

TK1

Telekung Bersulam Putih Harga: RM90.00 set lengkap kain putih tanpa sulam Harga: RM80.00 Tanpa kain .

TK2

Telekung Sulam Berwarna ( Biru, Pink, Purple, Coklat, Hijau) Harga: RM90.00 set lengkap kain putih tanpa sulam. Harga: RM80.00 tanpa kain .

KS

Kain Solat siap jahit, labuh dan lebar (Biru, Purple, Coklat, Maroon) Harga : RM18 sehelai .

KS

Kain Solat siap jahit, labuh dan lebar (Biru, Purple, Coklat, Maroon) Harga : RM18 sehelai .

SL

Sarung lengan Harga : RM12 sepasang .

SS

Slipper Stokin Harga : RM8 sepasang .

LS

Lapik Sujud Harga : RM8 satu .

Tuesday 17 September 2013

Persediaan sebelum dan semasa menjadi Tetamu Allah

 

Kepada bakal-bakal Haji yang akan menunaikan ibadah haji 1434H,

Persedian ROHANI
Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Setiap bakal-bakal haji dah tentu nak Haji yang mabrur. Ulama telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi senarai di bawah:- 
  • Niat yang ikhlas di dalam hati kerana ibadah haji atau umrah adalah satu pengorbanan samada dari segi harta masa dan perasaan. Perjalanan yang memerlukan banyak kesabaran demi mendapatkan rahmat Allah dan haji yang mabrur. Oleh itu hendaklah di tanamkan niat untuk mengerjakan haji atau umrah ini adalah semata-mata kerana Allah.
Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang bermaksud:
 " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya".
Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas.Amalan yang ikhlas akan diterima Allah adalah amalan yang mengikut sunnah.

  • BERTAUBAT dari segala dosa dan kezaliman 
  1.  bykkan istighfar dan selalu dirikan solat sunat taubat. 
  2.  jelaskan hutang piutang (kecuali hutang yg di tetapkan spt rumah, kereta )
  3.  memohon maaf daripada kedua ibu bapa, suami atau isteri ,saudara mara dan sahabat handai menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hak-hak hamba   
  4. menyediakan semua perbelanjaan yg mencukupi untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sehingga masa kepulangannya (cth , bil elektrik, air, internet, telefon, sewa rumah, sekolah / kuliah & kos berkaitan seperti bahan makanan serta ubat-ubatan). 
  • Mencari Keredhaan
Dapatkan KEREDHAAN kedua ibubapa (Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa), saudara mara, sahabat handai ,kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya. Bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya.

  • Punca Perbelanjaan 
 Pastikan wang yg di gunakan adalah daripada sumber yang halal . Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram, SAH hajinya pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Pastikan bahawa wang yang anda gunakan untuk perjalanan ini adalah HALAL ,selesai kewajipan zakat .Bawa wang yang cukup untuk perjalanan .Pastikan anda mempunyai tabungan di Tabung Haji. Pengeluaran wang boleh di lakukan di kaunter Tabung Haji yang ada di tempat penginapan muassasah.
  • PELAJARI HUKUM HAKAM 
 Pelajari segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan yang merosakkan, Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tidak mengetahuinya. Mempelajari rukun dan hukum hakam ni PENTING supaya tidak berlaku kekeliruan apabila melihat mazhab-mazhab lain beribadah. (yg penting rujuk petugas tabung haji ) Bawa bersama kitab... yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangi berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya Perbaiki solat dan perbanyakkan ISTIGHFAR,solat sunat tahajud, witir, taubat, hajat, tasbih, musafir dan lain-lain. Pelajari solat jamak dan qasar.
  
B. PERSEDIAAN FIZIKAL 

Haji dan umrah memerlukan aktiviti fizikal yang berat. Dengan iklim yang berbeza , cuaca panas dan kering akan mendedahkan kepada batuk dan selsema, oleh itu di nasihatkan melakukan perkara-perkara berikut : ï‚· Lakukan latihan peregangan biasa atau pun latihan untuk membina stamina. ï‚· Lakukan jogging untuk pengembangan kekuatan fizikal ï‚· Cari nasihat profesional jika di bawah rawatan atau rawatan perubatan.  
Hadiri kursus-kursus yang di jalankan oleh Tabung Haji untuk mendapatkan ilmu dan maklumat seperti tarikh penerbangan,pemeriksaan kesihatan, paspot, barang-barang keperluan sewaktu di Tanah Suci dan lain-lain.

 Pemeriksaan kesihatan dan suntikan wajib ( Vaksin Anti Meningocccal Meninggitis ACYW 135 ) telah di lakukan Urusan Paspot Malaysia Antarabangsa telah selesai Surat Pengesahan Jadual Penerbangan Haji telah ada Senarai barang kelengkapan peralatan yang perlu di bawa

Diari sewaktu di Tanah Suci
 
4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
Pergi ke masjid dan lakukan :
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali
dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah
rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11
kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Tasbih
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, Allah Maha Besar"

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam,
bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh
rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa
kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Solat sunat subuh, Solat Fardhu Subuh
Jemaah yang mengerjakan haji Tamattu’ dan selesai mengerjakan umrah wajib, boleh
lahmengerjakan umrah sunat – ke Tanaim atau Ja’ranah untuk berniat.
Membaca tasbih biasa 300X
Membaca tasbih lengkap 100X

7.30 pagi :
Solat sunat Isyrak 2 rakaat
Solat sunat Dhuha 2 rakaat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat
tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari
melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Tawaf sunat
9.00 pagi :
Balik ketempat penginapan untuk berehat, makan dan minum
11.30 pagi :
Pergi ke masjid .Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. Balik ke penginapan untuk berehat, makan dan minum
4.00 ptg
Bersedia untuk solat Asar.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai

 5.00 ptg :
Ke masjid dan sembahyang Tahiyatul masjid. Solat sunat wuduk, Membaca surah Al Ikhlas 100X, Membaca zikir 500X (musim haji 70000X) , Solat fardhu Maghrib , Solat sunat Maghrib , Membaca wirid selepas sembahyang Solat sunat Awwabin 6 rakaat Membaca zikir 100X,Membaca selawat Nabi 500X
7.15 mlm :
Solat sunat Isyak 2 rakaat Solat fardhu Isyak Solat sunat Isyak 2 rakaat Baca ayat 1000 dinar (supaya sentiasa diberi pertolongan Allah) 33X Solat sunat witir Tawaf sunat
9.00 mlm:
Balik ketempat penginapan untuk berehat Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Doa sebelum tidur agar dapat bangun jam 3.00 pagi.
Peringatan:
Waktu-waktu solat diatas adalah andaian sahaja, hendaklah sembahyang mengikut waktu yang tepat. Baca lah Al Quran sentiasa dan khatam sebanyak mungkin .


Tip ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah 

Sewaktu di Madinah:

Raudhah memiliki keutamaan sendiri, selain tempat yang mustajab untuk berdoa, ia juga memiliki sejarah yang begitu dekat dengan Rasulullah SAW. Jika Anda tidak pernah masuk Raudhah, usahakan anda berada tepat di belakang Raudhah khusus jemaah wanita. biasanya, selepas solat fardhu. para petugas menyuruh mereka pindah ke area masjid khusus wanita. Ketika petugas membuka sekat yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita, itulah kesempatan anda untuk masuk

Sewaktu di Mekah:

Jangan berebut-rebut ketika melontar, pastikan kita hampir dengan kawasan melontar baru buat lontaran supaya nampak jelas batu lontaran telah masuk dan tidak terpelanting ke tempat lain . Jangan melontar dari jauh kemungkinan batu yang di lontar tidak masuk

Jauhi waktu-waktu padat. Kawal emosi, jangan menggangu ketenangan jemaah lain. Jangan lupa pula untuk menghafal doa-doa pendek dan singkat agar Anda tidak sibuk membawa catatan. Sebelum berangkat pastikan anda benar-benar sihat. Berangkatlah bersama rombongan dan buatlah kelompok kecil. Yang penting, pastikan bahu kiri arah Kaabah. Apabila Tawaf selesai keluarlah secara perlahan dengan mengikuti arus.
Mencium hajar Aswad disunnahkan, tetapi untuk melakukannya sangat sulit. Berdasarkan pengalaman kami, agar dapat mendekat ke arah Hajar Aswad, jemaah harus mengikuti arus jemaah lain, dan berusaha berada di belakang jemaah yang bertawaf secara kelompok, seperti jemaah dari Turki atau Iran dan Indonesia.

Sa`i

AgarTidak Tersesat di Tanah Suci Setiap kali berjalan usahakan mengingat dan menghafal jalan yang Anda lalui, buatlah petunjuk atau tanda dengan mengingat gedung tertentu atau petunjuk yang mudah anda hafal. Jika anda tersesat, cari lah petugas tabung haji atau Jemaah Malaysia yang lain.
Menikmati Ibadah di Tanah Suci Setiap kali masuk masjid, bawalah uncang atau plastik untuk tempat selipar anda. Jangan membawa barang-barang berharga ke dalam masjid. Bawa wang secukup saja. Solat dan Berdoa di Raudhah

  Berbelanja di Tanah Suci

Perlu diingat! Jangan terlalu asyik berbelanja! Hanya barang yang perlu sahaja, di khuatiri kerana terlalu asyik berbelanja akan berubah niat pulakâ

Tuesday 10 September 2013

TW002 - Mawar Kashebo

READY STOK



 
 
 





 
 

Macamana nak order ?

1. ISI BORANG

Sila isikan 'order form' dengan maklumat yang lengkap.

2. PENGESAHAN ORDER

Kami akan maklumkan pesanan dan stok melalui sms atau emel

3. PEMBAYARAN

Pembayaran boleh di buat melalui cimbclicks, maybank2u atau Bank Islam ( no. akaun akan di maklumkan melalui sms atau e mel ).

4. PENGIRIMAN

Pengiriman akan dibuat setelah bukti pembayaran di maklumkan melalui sms ke: 0136362564 atau e mel: anekatelekung@gmail.com

Pengiriman adalah dalam tempoh 2 hari

* Harga produk tidak termasuk kos pos

Isi borang

Pilihan Bayaran

Semak Penghantaran

Cari Blog Ini

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More