TME
Telekung Melur - Cotton Tetron Plain Harga: RM65.00 set lengkap dengan kain Harga: RM55.00 tanpa kain .
TK1
Telekung Bersulam Putih Harga: RM90.00 set lengkap kain putih tanpa sulam Harga: RM80.00 Tanpa kain .
TK2
Telekung Sulam Berwarna ( Biru, Pink, Purple, Coklat, Hijau) Harga: RM90.00 set lengkap kain putih tanpa sulam. Harga: RM80.00 tanpa kain .
Thursday 2 January 2014
Pengumuman Penting !
1. Pendaftaran Agen Dropship
Assalamu'alaikum wbt.. pendaftaran untuk keahlian dropship baru ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian.
2. Kemaskini Maklumat
Blog ini tidak akan di kemaskini dan akan di tutup tidak lama lagi , sila layari web kami http://www.anekatelekung.com.my untuk maklumat terkini, harap maklum.
Monday 2 December 2013
Perkongsian Bijak
Solat Bersolek, Telekung Pula Berwarna
Oleh:Rumusan: Nadia Mingguan Wanita Penulis: Ustaz Azhar Tuarno
Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.
JAWAPAN
Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.
Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.
Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada wanita ataupun mungkin lelaki yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan suci atau tidak najis.
Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.
Wanita yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka.
Sebahagian wanita suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.
Pastikan bahan halal dan suci
Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.
Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.
Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.
Menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan adalah diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan mereka ke dalam lembah kemudaratan.
Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.
Haram jika mahu menunjuk-nunjuk
Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.
Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.
Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.
Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.
Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.
Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.
Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

Apapun setiap apa yang kita lakukan adalah bergantung kepada 'Niat' , hanya Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui...
Thursday 24 October 2013
Beli dan Wakaf
Assalamu'laikum pelanggan AT yang di rahmati Allah...Alhamdulillah Program Beli dan Wakaf yang di anjurkan mendapat sambutan , ramai yang ingin wakaf tapi tak tahu macamana ..
Sedikit info tentang program ini..
- Membantu individu atau persatuan yang nak buat wakaf telekung ke surau atau masjid, r&r , sekolah dll.
- Menempah sulam 'wakaf' di telekung
- Membuat penghantaran secara pos atau hantar sendiri ke tempat-tempat yang ingin di wakafkan
- maklumat lanjut di http://www.anekatelekung.com.my/Program+Beli+dan+Wakaf
Diantara tempat-tempat yang telah menerima wakaf telekung dan dalam proses ...
Surau Sekolah Kebangsaan Bangi
Surau SEGI Kolej Sri Damasara - dalam proses
Surau Trauma dan Kecemasan , Pusat Perubatan Universiti Malaya
Tuesday 22 October 2013
Pilihan bijak
Caranya:
1.Anda hanya perlu membuat pilihan item di http:// www.anekatelekung.com.my/ products
2. pilih pakej pembungkusan dan pm atau sms kami di 0136362564 untuk maklumat lanjut.
3. Pembungkusan adalah percuma.
1.Anda hanya perlu membuat pilihan item di http://
2. pilih pakej pembungkusan dan pm atau sms kami di 0136362564 untuk maklumat lanjut.
3. Pembungkusan adalah percuma.
Tuesday 17 September 2013
Persediaan sebelum dan semasa menjadi Tetamu Allah
Persedian ROHANI
Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Setiap bakal-bakal haji dah tentu nak Haji yang mabrur. Ulama telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi senarai di bawah:-
- Niat yang ikhlas di dalam hati kerana ibadah haji atau umrah adalah satu pengorbanan samada dari segi harta masa dan perasaan. Perjalanan yang memerlukan banyak kesabaran demi mendapatkan rahmat Allah dan haji yang mabrur. Oleh itu hendaklah di tanamkan niat untuk mengerjakan haji atau umrah ini adalah semata-mata kerana Allah.
" Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya".
Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas.Amalan yang ikhlas akan diterima Allah adalah amalan yang mengikut sunnah.
- BERTAUBAT dari segala dosa dan kezaliman
- bykkan istighfar dan selalu dirikan solat sunat taubat.
- jelaskan hutang piutang (kecuali hutang yg di tetapkan spt rumah, kereta )
- memohon maaf daripada kedua ibu bapa, suami atau isteri ,saudara mara dan sahabat handai menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hak-hak hamba
- menyediakan semua perbelanjaan yg mencukupi untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sehingga masa kepulangannya (cth , bil elektrik, air, internet, telefon, sewa rumah, sekolah / kuliah & kos berkaitan seperti bahan makanan serta ubat-ubatan).
- Mencari Keredhaan
- Punca Perbelanjaan
- PELAJARI HUKUM HAKAM
B. PERSEDIAAN FIZIKAL
Haji dan umrah memerlukan aktiviti fizikal yang berat. Dengan iklim yang berbeza , cuaca panas dan kering akan mendedahkan kepada batuk dan selsema, oleh itu di nasihatkan melakukan perkara-perkara berikut : ï‚· Lakukan latihan peregangan biasa atau pun latihan untuk membina stamina. ï‚· Lakukan jogging untuk pengembangan kekuatan fizikal ï‚· Cari nasihat profesional jika di bawah rawatan atau rawatan perubatan.
Hadiri kursus-kursus yang di jalankan oleh Tabung Haji untuk mendapatkan ilmu dan maklumat seperti tarikh penerbangan,pemeriksaan kesihatan, paspot, barang-barang keperluan sewaktu di Tanah Suci dan lain-lain.
Pemeriksaan kesihatan dan suntikan wajib ( Vaksin Anti Meningocccal Meninggitis ACYW 135 ) telah di lakukan Urusan Paspot Malaysia Antarabangsa telah selesai Surat Pengesahan Jadual Penerbangan Haji telah ada Senarai barang kelengkapan peralatan yang perlu di bawa
Diari sewaktu di Tanah Suci
4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
Pergi ke masjid dan lakukan :
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali
dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah
rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11
kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Tasbih
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, Allah Maha Besar"
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam,
bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh
rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa
kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Solat sunat subuh, Solat Fardhu Subuh
Jemaah yang mengerjakan haji Tamattu’ dan selesai mengerjakan umrah wajib, boleh
lahmengerjakan umrah sunat – ke Tanaim atau Ja’ranah untuk berniat.
Membaca tasbih biasa 300X
Membaca tasbih lengkap 100X
7.30 pagi :
Solat sunat Isyrak 2 rakaat
Solat sunat Dhuha 2 rakaat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat
tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari
melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Tawaf sunat
9.00 pagi :
Balik ketempat penginapan untuk berehat, makan dan minum
11.30 pagi :
Pergi ke masjid .Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. Balik ke penginapan untuk berehat, makan dan minum
4.00 ptg
Bersedia untuk solat Asar.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai
5.00 ptg :
Ke masjid dan sembahyang Tahiyatul masjid. Solat sunat wuduk, Membaca surah Al Ikhlas 100X, Membaca zikir 500X (musim haji 70000X) , Solat fardhu Maghrib , Solat sunat Maghrib , Membaca wirid selepas sembahyang Solat sunat Awwabin 6 rakaat Membaca zikir 100X,Membaca selawat Nabi 500X
7.15 mlm :
Solat sunat Isyak 2 rakaat Solat fardhu Isyak Solat sunat Isyak 2 rakaat Baca ayat 1000 dinar (supaya sentiasa diberi pertolongan Allah) 33X Solat sunat witir Tawaf sunat
9.00 mlm:
Balik ketempat penginapan untuk berehat Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Doa sebelum tidur agar dapat bangun jam 3.00 pagi.
Peringatan:
Waktu-waktu solat diatas adalah andaian sahaja, hendaklah sembahyang mengikut waktu yang tepat. Baca lah Al Quran sentiasa dan khatam sebanyak mungkin .
Tip ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah
Sewaktu di Madinah:
Raudhah memiliki keutamaan sendiri, selain tempat yang mustajab untuk berdoa, ia juga memiliki sejarah yang begitu dekat dengan Rasulullah SAW. Jika Anda tidak pernah masuk Raudhah, usahakan anda berada tepat di belakang Raudhah khusus jemaah wanita. biasanya, selepas solat fardhu. para petugas menyuruh mereka pindah ke area masjid khusus wanita. Ketika petugas membuka sekat yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita, itulah kesempatan anda untuk masuk
Sewaktu di Mekah:
Jangan berebut-rebut ketika melontar, pastikan kita hampir dengan kawasan melontar baru buat lontaran supaya nampak jelas batu lontaran telah masuk dan tidak terpelanting ke tempat lain . Jangan melontar dari jauh kemungkinan batu yang di lontar tidak masuk
Jauhi waktu-waktu padat. Kawal emosi, jangan menggangu ketenangan jemaah lain. Jangan lupa pula untuk menghafal doa-doa pendek dan singkat agar Anda tidak sibuk membawa catatan. Sebelum berangkat pastikan anda benar-benar sihat. Berangkatlah bersama rombongan dan buatlah kelompok kecil. Yang penting, pastikan bahu kiri arah Kaabah. Apabila Tawaf selesai keluarlah secara perlahan dengan mengikuti arus.
Mencium hajar Aswad disunnahkan, tetapi untuk melakukannya sangat sulit. Berdasarkan pengalaman kami, agar dapat mendekat ke arah Hajar Aswad, jemaah harus mengikuti arus jemaah lain, dan berusaha berada di belakang jemaah yang bertawaf secara kelompok, seperti jemaah dari Turki atau Iran dan Indonesia.
Sa`i
AgarTidak Tersesat di Tanah Suci Setiap kali berjalan usahakan mengingat dan menghafal jalan yang Anda lalui, buatlah petunjuk atau tanda dengan mengingat gedung tertentu atau petunjuk yang mudah anda hafal. Jika anda tersesat, cari lah petugas tabung haji atau Jemaah Malaysia yang lain.
Menikmati Ibadah di Tanah Suci Setiap kali masuk masjid, bawalah uncang atau plastik untuk tempat selipar anda. Jangan membawa barang-barang berharga ke dalam masjid. Bawa wang secukup saja. Solat dan Berdoa di Raudhah
Berbelanja di Tanah Suci
Perlu diingat! Jangan terlalu asyik berbelanja! Hanya barang yang perlu sahaja, di khuatiri kerana terlalu asyik berbelanja akan berubah niat pulakâ
Tuesday 10 September 2013
Tuesday 9 July 2013
Anekatelekung di Majalah
Assalamu'alaikum, kepada pelanggan AT yang di sayangi ,
dapatkan majalah Inspirasi Kejayaan
dapatkan majalah Era Muslimah bulan ni , AT berada si Era Muslimah untuk tatapan anda .....
dapatkan majalah Inspirasi Kejayaan
dapatkan majalah Era Muslimah bulan ni , AT berada si Era Muslimah untuk tatapan anda .....
Macamana nak order ?
1. ISI BORANG
Sila isikan 'order form' dengan maklumat yang lengkap.
2. PENGESAHAN ORDER
Kami akan maklumkan pesanan dan stok melalui sms atau emel
3. PEMBAYARAN
Pembayaran boleh di buat melalui cimbclicks, maybank2u atau Bank Islam ( no. akaun akan di maklumkan melalui sms atau e mel ).
4. PENGIRIMAN
Pengiriman akan dibuat setelah bukti pembayaran di maklumkan melalui sms ke: 0136362564 atau e mel: anekatelekung@gmail.com
Pengiriman adalah dalam tempoh 2 hari
* Harga produk tidak termasuk kos pos